Sekolah Rendah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al- Jaffri

lencana sekolah.Andai kata sedang aku berjalan ke Interact (kelas aku di India) besok pagi,ditadirkan aku tersepak sebuah lampu ajaib.

Lalu meluru keluar seekor jin yang ganas tetapi berwibawa kerana masih menjalankan tugasnya sebagai seekor jin walaupun sudah beribu tahun terkurung dalam lampu kecil itu.

*(aku ingin beri amaran,”post” aku kali ini ada berunsurkan tahyul dan hanya layak dibaca oleh kalangan yang sudah sunat dan akhil baligh sahaja)*

Dan sambil bermain2 misai ala2 Rajinkanth (hero tamil paling popular) dia memberikan aku 3 permintaan.

*(sekali lagi,hanya Allah S.w.t berkuasa dan mampu memberikan apa2 bentuk pertolongan)*

Nescaya akan aku minta dikembalikan semula ke Januari 1995

*(Allah S.w.t telah menyatakan dalam Al-Quran Karim yang sepandai mana pun manusia dan jin,tak kan mampu masa diputar kembali)*

Treng neng teng teng~~(efek skrin bergetar2 pudar tanda babak “flashback” akan bermula)

Pagi itu.. aku masih ingat bagaimana kali pertama aku menjejakan kaki ke sekolah..baju putih,seluar biru tua..aah..tiap kali kenangan ini menjengah,pasti ada senyuman di muka ku.

Aku terkenang bagaimana hati aku masih suci masa itu..langsung tidak ada perasaan risau,bimbang,dengki dan segala macam lagi benih dosa dunia akhir zaman ini.Semuanya indah,semuanya kawan..tiada langsung perasaan benci dalam hatiku kala itu..aah indahnya dunia.

Mama sebagai teman,aku gagah melangkah masuk ke dalam kelas,kelas 1 berlian (Berlian kelas pertama,diikuti Mutiara,Nilam dan akhirnya Zamrud).

Bilik darjah kedua paling hujung di belakang sekolah..

bangunan satu tingkat,tingkapnya kayu,cermin tingkapnya dawai2 besi,ada banyak lukisan murid2 terdahulu digantung,meja2nya disusun separuh bulatan (persis tadika pra sekolah),dekat dngn bilik sukan dan tandas lama yang selalu dikaitkan dengan kisah2 hantu dek keadaannya yang amat dhaif dan menakutkan.

Cikgu kelas pertama ku..maaf aku sudah lupa!..haha..tapi yang pasti dia dari kaum cina,umurnya 40 an,berambut kerinting ala2 Sanisah Huri,suka memakai skirt paras betis,dan rajin memegang sebilah rotan di tangan kanan nya.

Walaupun agak segan untuk mengakui perkara ini,tetapi aku sudah mula mengamalkan konsep berpolitik dalam usia semuda ini.Aku masih ingat bagaimana aku membahagi2kan bekalan biskut Chipsmore (versi kecil) yang dibeli sehari sebelum itu kepada kawan2 yang baru aku kenal.Semua ini aku buat supaya mereka suka berkawan dengan aku..dan rasanya aku telah berjaya mencapai matlamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s