Kali ini aku mahu bersahaja..minggu lepas aku terlalu serius.. ^ . ^ ( comel bukan emoticon murahan ini?)
Minggu ini aku bukan sahaja seorang pelajar medic..tapi aku juga seorang guru bahasa inggeris..
Sabtu lepas aku ke rumah anak yatim Sri Krishna Balaneketana..letaknya lebih kurang 10 minit dari Manipal..

senyum!
Kami 16 orang semuanya..16 orang tenaga pelajar kurang terlatih..tapi semuanya aku puji kerana begitu bersemangat mengajar..
Sampai di sana sudah hampir jam 2 petang..kedengaran sorak gembira anak2 itu menyambut ketibaan kami..
Aku tengok reaksi rakan2 pengajar ada yang takut..ada yang mahu patah balik ke Manipal..dan ada juga yang tersenyum lebar (aku termasuk dalam kumpulan ini)..maklumlah..bukan perkara mudah bila berinteraksi dengan anak2 ini..silap sedikit penatlah memujuk.. ^.^ (sekali lagi emoticon murahan)..
Aku mengajar anak2 dalam kumpulan pertengahan..yang sudah tahu huruf dan nombor..cuma belum pandai mengeja..3 anak murid ku Ganesh,Laksmi dan Osman (aku lupa nama yg ketiga ini)..
Penat juga mengajar..kerana tempoh minat mereka begitu pendek..main 3 minit..kemudian belajar 3 minit..nasib baik aku bawa bersama kamera dslr ku itu..senanglah aku menarik perhatian mereka..
Dan dalam hingar riang bingar ria itu..aku terdiam dan datanglah ketenangan..
dikelilingi ahli2 syurga yang suci dari dosa..aku makin jelas dengan apa yang mahu aku lakukan di dunia ini..
P/s: Gambar2 lain ada di facebook
http://www.facebook.com/album.php?aid=2027780&l=d1004afd7b&id=1302578014
they can speak english is it?
or do you hve to speak their language?
(O_o) = another emoticon..hehehe;)
sir faiz!!
sy link ek??
hee~~
wohh best. hg ckp cana dgn depa? depa paham eng?
tumpang lalu.. haha ipod ko da cair kena api..