Puteri Bunian.

(note to self :written on 2009 06 07)

Ceritanya bermula pada pagi Sabtu..2 minggu yang lalu…

(seperti biasa..efek skrin bergetar2 pudar lalu diiringi irama musik mistik dan misteri..wohoo uu oo uuu..aumm..)

Aku dikejutkan oleh bunyi hempasan pintu balkoni,angin menderu2 masuk..membawa bersama kesejukan bayu laut “Malpe Beach” yang tak jauh dari flat buruk yang aku sewa di India ini.

“Patut la mimpi yang bukan2..entah apa yang sudah turut masuk malam semalam” aku berbisik..

Pada mulanya aku bersemangat untuk solat Subuh di masjid..tapi dek kerana penangan syaithan2 yang bekerja kuat memujuk rayu,berkata manis,membuai2..aku tertewas lagi.

Pagi ini aku mahu memburu di “End Point” (tempat rekreasi awam Manipal).Harapnya ada lah tangkapan yang memuaskan hati seorang jurugambar amatur yang masih dalam proses mencuba2 kamera “dslr” yang baru mampu dibelinya setelah sekian lama menabung dan menanam matlamat..(hehe..sekali lagi melebih2).

Belum pun bangun Encik Bapuji (pak guard flat),aku sudah memulakan langkah ke endpoint,dengan harapan sempatlah aku menembak terbitnya matahari di endpoint.Tapi dek kerana terlalu banyak yang menarik untuk ditembak dalam perjalanan..matahari sudah tinggi setibanya aku di sana.

End Point di waktu pagi…memang indah dan menenangkan…

Keindahan yang membuatkan akal fikiran ku dengan begitu mudah menyangkal teori evolusi Darwin,membuatkan aku merasa jijik pada Diagoras dan sekali lagi aku buntu..dengan sifat manusia yang begitu asyik memusnahkan dunia kurniaan Allah ini.

Sedang leka aku merakam..ada mata yang sedang memandang.

Puteri Bunian turun mencemar duli..menampakan diri setelah lama menghilang..dan hanya dengan berberapa patah perkataan dia menghilangkan diri..meninggalkan aku dengan senyuman dan definisi baru tentang keindahan ciptaan Maha Mencipta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s