Petang Ahad di Manipal 1

Aku kembali menulis..

setelah sekian lama duduk bertapa di perpustakaan besar Manipal..

belajar ilmu sakti keramat..turun temurun berabad abad..buat penyembuh yang sakit peningĀ  yang sakit gering menolong ummat..(dah macam tukang karut wayang kulit..)

Apa ya..yang mahu aku tulis..

banyak yang berkurung dalam kepala otak..tapi masih belum mampu aku cerna hadam ..masih belum cukup masak ranum untuk aku nukilkan.

Petang semalam aku mengamalkan gaya hidup sihat..pergi berlari2 anak di “end point”..setelah sekian lama aku menternak lemak2 tepu dalam tisu adipos yang makin menimbun dalam badan ku ini..sudah banyak yang terkorban..dek metabolisma larian sejauh 3.5 km..

Sambil berlari..mata aku liar memerhati..bukan pada saudari gadis..tapi pada persekitaran bumi Manipal yang sudah hampir 14 bulan aku pijak..

masih kabur apa yang patut aku jadikan subjek utama dalam rakaman pertama aku nanti…

harus kena dengan tajuknya..”Everyday Manipal”..

bila difikir2..kenapa mahu apa yang kamu boleh dapat tiap2 hari di Manipal?..bukankah lebih bagus tajuknya “Not A NormalĀ  Day In Manipal”?..itu tentunya lebih berbaloi untuk aku rakamkan..

Apa pun..tarikh tamat pertandingan sudah hampir tiba..dan aku masih belum berjumpa apa yang aku mahu..masih belum ada rejeki..

Sudah

>ada tiket pulang beraya di Malaysia

>ada pembesar suara Altec Lansing VS3251 (5.1 surround)

>ada fon telinga Sennheiser Hd180

>ada 5 kilo lebih lemak

>ada ilmu,skill dan pengalaman memasak nasik lemak yang boleh dikatakan sedap..hehe..(kenyataan yang agak meragukan)

>tidak ada kepercayaan pada sistem kehakiman di Malaysia

>tidak ada masa untuk belajar..peperiksaan blog satu tinggal 10 hari saja lagi..

>dan…sudah mula melupakan kopi..dan berjinak2 dengan susu..

……………………………………………………………………………………………………

itu saja buat masa ini..InsyaAllah aku akan menulis setiap minggu sekurang2nya sekali..

InsyaAllah.

Tuan Direktor.

ramlee2Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (AMN),

Ya,inilah dia idola aku dalam dunia perfileman.Kiranya aku sudah mula menonton filem2 yang diarah beliau sejak kecil lagi.

Rasanya filem arahan beliau yang pertama aku tonton ialah “Nujum Pak Belalang”.Aku dan abang-kakak ku berusaha membaca Al-Quran dengan Ustaz Omar yang datang mengajar di rumah ku pada malam sabtu dan ahad secepat mungkin kerana filem ini ditayangkan tepat pukul 9 di tv1.

Dan lebih kurang 10 tahun selepas itu , aku mula membuat video2 pendek.

Pertama:

Tahun 2005,sempena persaraan Ustaz Fathurrahman (pengetua SBPI Rawang)

Kedua:

Tahun 2008,sempena pencalonan sahabat ku Syahir sebagai penerima anugerah “Rambut Paling Cantik dan Anggun Seantero MMMC”.Mungkin video ini banyak menyumbang di atas kemenangan beliau dalam pencalonan tersebut memandangkan rambutnya yang tak seberapa itu..hehe..(bergurau)

Ketiga:

Tahun 2008,sempena program orientasi pelajar “batch” 23 MMMC.Banyak pahit manis dalam pembikinan video ini,dan aku ingin ucapkan terima kasih pada pelakon2 yg begitu “sporting” membuatkan kerja ku mengarah,meng”edit”,menulis skrip,mengambil video,menbuat jalan cerita lebih mudah lagi.Dan bermula dari video ini,aku memulakan OneBite Production (produksi satu gigit?).

AKU AMAT MENGHARAPKAN KOMENTAR2 BERKAITANĀ  VIDEO2 INI..SUPAYA DAPAT AKU TINGKATKAN LAGI SKIL2 AKU..SEKIAN.

Sekolah Rendah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al- Jaffri

lencana sekolah.Andai kata sedang aku berjalan ke Interact (kelas aku di India) besok pagi,ditadirkan aku tersepak sebuah lampu ajaib.

Lalu meluru keluar seekor jin yang ganas tetapi berwibawa kerana masih menjalankan tugasnya sebagai seekor jin walaupun sudah beribu tahun terkurung dalam lampu kecil itu.

*(aku ingin beri amaran,”post” aku kali ini ada berunsurkan tahyul dan hanya layak dibaca oleh kalangan yang sudah sunat dan akhil baligh sahaja)*

Dan sambil bermain2 misai ala2 Rajinkanth (hero tamil paling popular) dia memberikan aku 3 permintaan.

*(sekali lagi,hanya Allah S.w.t berkuasa dan mampu memberikan apa2 bentuk pertolongan)*

Nescaya akan aku minta dikembalikan semula ke Januari 1995

*(Allah S.w.t telah menyatakan dalam Al-Quran Karim yang sepandai mana pun manusia dan jin,tak kan mampu masa diputar kembali)*

Treng neng teng teng~~(efek skrin bergetar2 pudar tanda babak “flashback” akan bermula)

Pagi itu.. aku masih ingat bagaimana kali pertama aku menjejakan kaki ke sekolah..baju putih,seluar biru tua..aah..tiap kali kenangan ini menjengah,pasti ada senyuman di muka ku.

Aku terkenang bagaimana hati aku masih suci masa itu..langsung tidak ada perasaan risau,bimbang,dengki dan segala macam lagi benih dosa dunia akhir zaman ini.Semuanya indah,semuanya kawan..tiada langsung perasaan benci dalam hatiku kala itu..aah indahnya dunia.

Mama sebagai teman,aku gagah melangkah masuk ke dalam kelas,kelas 1 berlian (Berlian kelas pertama,diikuti Mutiara,Nilam dan akhirnya Zamrud).

Bilik darjah kedua paling hujung di belakang sekolah..

bangunan satu tingkat,tingkapnya kayu,cermin tingkapnya dawai2 besi,ada banyak lukisan murid2 terdahulu digantung,meja2nya disusun separuh bulatan (persis tadika pra sekolah),dekat dngn bilik sukan dan tandas lama yang selalu dikaitkan dengan kisah2 hantu dek keadaannya yang amat dhaif dan menakutkan.

Cikgu kelas pertama ku..maaf aku sudah lupa!..haha..tapi yang pasti dia dari kaum cina,umurnya 40 an,berambut kerinting ala2 Sanisah Huri,suka memakai skirt paras betis,dan rajin memegang sebilah rotan di tangan kanan nya.

Walaupun agak segan untuk mengakui perkara ini,tetapi aku sudah mula mengamalkan konsep berpolitik dalam usia semuda ini.Aku masih ingat bagaimana aku membahagi2kan bekalan biskut Chipsmore (versi kecil) yang dibeli sehari sebelum itu kepada kawan2 yang baru aku kenal.Semua ini aku buat supaya mereka suka berkawan dengan aku..dan rasanya aku telah berjaya mencapai matlamat.

Memori Pertama.

Tahun 1988,tahun yang dianggap bertuah oleh kaum kedua majoriti di tanah melayu..walaupun ini ialah contoh terbaik syirik “jali” (syirik yang terang tan tang nak masuk neraka) (info) tetapi masih ramai yang suka mempercayai kunun2nya tahun itu ada tuahnya..

Kenapa?..mungkin kerana pada tahun itu:

1.Sukan Olympic 1988 diadakan di Canada

2.Tentera Soviet (The Red Army) mengaku kalah dan keluar dari Afghanistan setelah 8 tahun berperang cuba menakluki negara Islam itu.

3.UMNO diiktiraf sebagai pertubuhan haram oleh Tun Salleh Abas (walaupun hanya selama 10 hari).

atau mungkin kerana tahun itu Muhammad Faiz Al-Mubarak dilahirkan?

ah..semua ini syirik semata..apalah yang ada pada nombor..

tetapi walauapapun yang kamu semua kata..1988 tetap menjadi tahun yang terpenting dalam hidup aku.

Permulaan Lahirnya Seorang Tokoh.

img_01042Aku Muhammad Faiz Al-Mubarak b. Mahmood,panjang bukan?

30 jumlah huruf..agak2 dapat masuk World Book of Records tak?..mungkin ada manusia dari benua2 lain yg lebih panjang nama yang ayahnya beri..tapi yang pasti aku penah termengah2 kala peperiksaan besar..dek menulis nama yg bagai gerabak kereta api yang suatu masa dulu popular dalam keluarga aku..kereta api Ekspres Senandung Malam..

tapi apa yang lebih menyedihkan tentulah apa yg akan anak2 aku hadapi dalam usaha mereka menulis nama penuh ketika mengambil peperiksaan besar seperti UPSR,PMR dan SPM nanti..

contoh:

Wardina Saffiyah bt. Muhammad Faiz Al-Mubarak (bukan nama sebenar) ,38 huruf yg dia perlu tulis tiap2 kali exam dan untuk tiap2 kertas yg dia ambil..sedih bukan?

Kalau anda sudah mula kesiankan anak ku Wardina Saffiyah..cuba anda fikirkan apa akan terjadi bila bakal anak ku itu mahu bernikah..hmm..mungkin dia akan jadi andartu..

contoh:

“Aku terima akan nikah Wardina Saffyah binti Muhammad Faiz Al-Mubarak dengan mas kahwin dua ratus dua puluh ringgit tunaaaiiii..”

harap2 bakal menantu ku nanti panjang nafas..mungkin seorang atlit renang dari Senegal..tapi aku mahu cucu yang putih2 dan gebu2..tak apalah..asalkan dia seorang yang beriman dan pandai menjaga akhlak..biar hitam mana pun aku sanggup terima.

Apa2 pun nama ini ialah nama yang terbaik seorang manusia mampu dapat,dan aku akan berusaha supaya Muhammad Faiz Al-Mubarak akan jadi nama yang kamu semua mahu berikan pada anak2 dan cucu2 kamu semua.

Dan kalau difikirkan..Muhammad Faiz Al-Mubarak akan menjadi seorang doktor besar di rantau Asia..aku juga akan wujudkan Yayasan Al-Mubarak untuk membantu rakyat jelata yang susah..dan sudah pasti wasiatku nanti aku bahagi2 kan duit dan tanah ku yg berjuta2 ringgit nilainya..jadi mungkin dia tak akan jadi andartu..dan mungkin aku akan dapat cucu yg putih2 dan gebu juga.

Itu saja permulaan belog ini..InsyaAllah kalau ada kesempatan aku akan ceritakan kisah hidup ku di sini.

Sekian.